MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan susulan terhadap mana-mana kenderaan komersial yang terbabit dalam kemalangan sekiranya didapati gagal mematuhi aspek teknikal ditetapkan dalam Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) jabatan itu.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pelbagai aspek diteliti termasuk melakukan semakan tempoh akhir kenderaan itu melakukan pemeriksaaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
"Selain itu, kita juga akan melihat dari segi struktur kenderaan itu sama ada ia melebihi 35 peratus berat dengan muatan (BDM) yang dibenarkan dan sekiranya didapati bersalah, individu terlibat boleh dikenakan didenda sehingga RM500,000 di bawah Sekyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
"Saya juga ingin mengingatkan kenderaan komersial seperti lori atau treler supaya tidak mengejar 'trip' atau bawa barang lebih muatan kerana ia akan mempengaruhi kenderaan ketika dibrek dan hukuman yang diberikan juga sangat tinggi, namun apa lebih utama kita amat metitikberatkan keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) di Tiang Dua, Ayer Molek di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak, Johor pada Sabtu lepas.
Dalam pada itu, beliau juga berkata JPJ akan mengetatkan pemeriksaan terhadap kenderaan sukan permotoran di negara ini bagi mengelakkan sebarang insiden berulang seperti kejadian yang mengorbankan nyawa seorang pemandu di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Terengganu baru-baru ini.
Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap pelumba menitikberatkan aspek pemeriksaan teknikal kenderaan sebelum menyertai mana-mana perlumbaan.
"Kita tidak pernah pandang ringan perkara ini kerana kita tahu sukan permotoran seumpama ini sememangnya berbahaya dan berisiko tinggi berbanding mengendalikan kenderaan biasa," katanya.
Sementara itu, Zailani berkata JPJ menerusi APJM sebagai Pusat Kecemerlangan Pengangkutan Jalan telah membangunkan pelan tindakan Organisasi Berprestasi Tinggi (HPO) menggunakan pendekatan berfokuskan pembangunan bakat yang kompeten dan profesional.
"Ia termasuk merangka strategi pembangunan kurikulum yang memfokuskan kepada Pembangunan Kompetensi Profesionalisme serta Pentauliahan dan Pensijilan Pekerjaan bagi aktiviti pengangkutan jalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022
Zailani berkata pelbagai aspek diteliti termasuk melakukan semakan tempoh akhir kenderaan itu melakukan pemeriksaaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). - Gambar fail
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Wanita rentung, suami melecur dalam kebakaran
Seorang wanita rentung manakala suaminya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Gerowot di Kuala Penyu pada pagi awal Ahad.
Pemandu lori terlibat kemalangan dua rentung direman empat hari
Lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
JPJ ingatkan pemandu lori jangan 'kejar trip', utama keselamatan
JPJ akan mengambil tindakan susulan terhadap mana-mana kenderaan komersial yang terbabit dalam kemalangan sekiranya didapati gagal mematuhi aspek teknikal ditetapkan.
Wanita rentung: "Awak keluar kereta dulu", kata-kata terakhir Nurul Nazihah pada suami
Suami mangsa Redzuan Jamil, 28, berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta.
Wanita rentung kemalangan sempat capai hasrat tunai umrah
Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Mayat terbakar: Pemandu lori didakwa bunuh Che Janiah
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.